BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 24 Januari 2011

dah kawin dah

Pelakon Ayu Raudhah Che Wan dan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd. Zaquan Adha Abd. Razak sah bergelar suami isteri setelah selamat diijabkabulkan, di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah petang ini.

Ayu, 27, dan Zaquan, 24, dinikahkan oleh Imam Masjid Sultanah Bahiyah, Mustafa Kamil Abdul Jamil. Ayu diwalikan abangnya, Roshidi Che Wan, 31, dengan mas kahwin sebanyak RM1,888.


CERIA BERGELAR SUAMI ISTERI
Zaquan tidak kelihatan gementar dan hanya dengan sekali lafaz sudah sah bergelar suami.

Dia kemudian menandatangani ikrar sebagai pasangan suami isteri dan turut menyarung cincin dalam acara membatalkan air sembahyang.

Majlis serba sederhana itu turut disaksikan oleh lebih 100 jemputan termasuk ibu Ayu, Zabedah Saat, ibu bapa Zaquan, Abdul Radzak Salleh dan isteri, Azizah Arshad, anggota keluarga serta rakan kedua mempelai.


DIRESTUI KELUARGA TIDAK SEPERTI PASANGAN KEMBARNYA.
Majlis persandingan mempelai akan berlangsung malam di rumah pengantin perempuan di Taman Mawar bermula pukul 8.00 malam yang dijangka dihadiri lebih 1,000 jemputan termasuk rakan artis dan pemain bola sepak negara.

Jelas kelihatan raut bahagia pada wajah masing-masing setelah sah bergelar suami isteri.

Belum rancang bulan madu

Pasangan ini berseri dengan persalinan rekaan Man Kajang dan solekan jurusolek terkenal Amy Jant.

Mereka bagaimanapun belum merancang berbulan madu memandangkan kesibukan kerjaya masing-masing.


BAGAIMANA PRESTASI ZAQUAN SELEPAS DISUNTIK GLAMOR SENI ISTERI?
Ayu juga akan tinggal di rumah Zaquan di Seremban, Negeri Sembilan apabila suaminya kembali menjalani latihan untuk Liga Malaysia musim baru yang akan bermula tidak lama lagi. Zaquan masih bersama pasukan Negeri Sembilan.

Majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki akan diadakan di rumah keluarga Zaquan di Seremban, Negeri Sembilan pada 30 Januari depan.

Selamat berbahagia diucapkan kepada pasangan pengantin baru yang glamor ini.

Semoga mereka dapat melalui hari-hari di depan dengan bahagia. Walaupun si suami lebih muda, namun Zaquan dilihat lebih matang berbanding usia.





0 comments:

Pages